Di sini kita sama-sama berkongsi pandangan bagaimana untuk menjadi pemimpin, tidak kira lah peringkat mana pun kita mempimpin, kita tetap seorang pemimpin. Bak sabda Rasulullah, "Setiap kamu adalah pemimpin dan bertanggungjawab ke atas pimpinannya"
Tips Pertama: Jiwa pemimpin mesti kuat. Boleh ke kita nak jiwa kuat? Sebagai manusia, kita tetap ada emosi, kita tetap ada waktu semangat kita lemah. Kita mahu mengadu nasib, mengadu masalah. Pemimpin mesti jiwa kuat. Sebab orang akan mengadu nasib kepadanya. Tapi bagaimana pemimpin sendiri mahu mengadu nasib? Pemimpin yang kuat akan mengadu nasib kepada Yang Maha Kuat. Jiwa pemimpin mesti kental. Nak jiwa yang kenal kena lalui banyak dugaan hidup. Ada sedih, ada sakit, barulah jiwa kental. Walau bagaimanapun, Islam ada cara melatih jiwa menjadi bersedia untuk kuat. Nanti kita bagi Tips untuk jiwa kental dan kuat dalam ruangan2 akan datang pula... ia perlukan satu perbincangan yang khusus. Rasulullah pemimpin agung berjiwa kuat. Sahabat akan rasa selamat bersama baginda. Meluahkan masalah terasa sudah selesai masalah itu walaupun masih terkurung dengan masalah. Bahkan melihat wajahnya saja sudah terurai satu masalah dalam jiwa. Kadang-kadang bertemu dan berbincang dengan pemimpin berjiwa kental baru dapat idea untuk selesaikan masalah.
Tips Kedua: Jiwa Mesti Berani Berani ialah maksudnya bersedia menghadapi risiko. Dalam Islam, kita berani bukan berani untuk mendapatkan risiko, tapi berani untuk berada di sekeliling risiko. Tidak siapa nak menaggung risiko, tapi sering berlaku, suatu kejayaan berada dalam celah-celah risiko. Kadang-kala risiko itu besar dan kadang kala risiko itu kecil. Beza antara orang yang boleh menjadi pemimpin besar dengan orang yang hanya boleh memimpin kelompok kecil ialah tahap keberanian untuk berdepan dengan risiko yang ada. Keberanian mesti di tanam dalam diri. Keberanian mesti dilatih. hanya orang yang berani boleh jadi pemimpin sejati. tanpa keberanian, bagaimana orang mahu berlindung di bawah panji panji pimpinan kita? Berani menghadapi dosa? Dalam kehidupan ini. Kita akan bertemu dengan ramai orang. Ada orang yang memang penakut. Dia memang tidak buat dosa, tetapi bukan kerana dia tidak mahu buat dosa, tapi jiwa dia memang penakut. Orang ini nilai taqwanya adalah sederhana. Ada orang yang berani. Orang ini memang keberanian yang tinggi. Tapi dia amat takut dengan dosa. Dia memang berani untuk mencuba perkara-perkara baru, tapi dia tetap takut dengan dosa. Orang ini memang benar-benar hatinya bertaqwa. Kerana dia berjaya mengawal keberaniannya dalam aspek dosa. Berani biar bertempat. Bukan berani tanpa ilmu dan berani tanpa akhlak. Pantang seorang pendekar menunjukkan keberanian semata-mata untuk dipuji. Rasulullah pernah bersabda dalam sebuah hadis. "Bukanlah seorang yang benar-benar berani dengan menunjukkan kekuatan. Tetapi orang yang benar-benar berani ialah berjaya mengawal diri sewaktu kemarahan!" Anda ada pendapat yang mahu diutarakan. Jangan takut untuk bersuara jika tiada risiko yang anda tanggung. Ada persoalan nak dilontarkan dalam seminar-seminar, jangan takut untuk berdiri dan bertanya. Ada pendapat yang anda rasa menarik untuk dikongsi, jangan takut untuk berdiri di hadapan bersuara. Jika untuk berada di khalayak pun anda gagal, jangan haraplah untuk berani menentang musuh. Beranikan diri untuk melihat anda mendapat suntikan. Beranikan dengan jarum-jarum dengan menderma darah. Kecuali jika ada risiko-risiko yang anda rasa tidak berbaloi dengan keberanian anda. Contohnya jika anda bekerja dengan kerajaan dan anda menyara keluarga, jangan nak berlagak berani dengan menentang dasar-dasar kerajaan yang meranapkan periuk nasi untuk keluarga anda. Anda masih ada banyak cara untuk menunjukkan keberanian. Dan masih banyak cara untuk menyatakan tidak bersetuju anda itu selain daripada kemarahan yang meluap-luap. Rasulullah ialah orang yang berani berjuang. Mendepani libasan pedang-pedang serta panahan musuh yang tajan. Berani berjuang bertarung nyawa memimpin angkatan perang orang-orang Islam. Berani mengangkat pedang dan tombak untuk memerangi musuh di medan perang fizikal. Kita? Kita tanam keberanian kita untuk melawan nafsu. Kalahnya seorang pejuang bukan kerana ditikam dengan pedang, tetapi kerana ditikam oleh nafsunya sendiri.
Tips Ketiga: Menguasai Egoisme Pemimpin yang berwibawa ada egonya. EGOISME bukan bermaksud ego, angkuh, atau sombong. Egoisme bermaksud memiliki efikasi diri yang tinggi. Nak tahu anda punyai ego yang kuat ata tidak? Anda terasa kurang enak bila dikritik. Itu satu. Keduanya, anda bila berbicara, kalau boleh nak tonjolkan anda ada suatu kehebatan. Itu tandanya anda ada ego. Namun ego mesti dikawal jika mahu menjadi pemimpin yang baik. EGOISME membuahkan keberanian dan kekuatan. Tanpa ego, anda tidak berani berdepan dengan musuh yang hebat-hebat. Anda tidak berani mengepalai sesuatu organisasi dengan baik. Anda mungkin akan tewas dengan anak-anak buah anda dalam organisasi anda. Rasa berkeyakinan dengan kemampuan diri untuk melaksanakan kerja itu satu ego. Rasa hemah dalam diri, rasa diri berkebolehan itu ego. Ia membantu kerja-kerja anda untuk memimpin orang lain. Orang lain memerlukan anda. Tidak semua orang ada keyakinan diri yang kuat. Tapi awaslah dengan rasa-rasa tersebut. Syaitan sentiasa mempergunakan rasa-rasa itu untuk menjadikan anda lupa kepada PEMBERI ANUGERAH kepada anda. EGOISME menjadikan anda hanya mahu mempamerkan kehebatan anda bila bercakap. Hal ini menyebabkan orang lain boring dengan anda. Malah mungkin ada yang meluat... terutama rakan-rakan anda. Kawallah ia dengan sikap merendah diri. Tidak jatuh kepimpinan anda bila merendah diri sesama manusia. Rasulullah sangat tinggi egoismenya bila berdepan dengan musuh, tetapi sangat merendah diri dengan semua orang. Ingatlah merendah diri sesama insan, merendah hati dengan ALlah.. Allah akan naikkan anda pada mata orang. Egoisme hanya bertujuan untuk meningkatkan daya kepimpinan anda. Di hadapan Allah, rasakan anda sangat hina diri dan sentiasa bergantung kepada-Nya. Bila hati merendah dengan Allah. ALlah akan angkat pandangan manusia kepada kita. Itu sudah menjadi sunnatullah dalam kehidupan.
Tips Keempat: BERTANGGUNGJAWAB. Kalau diikutkan, dalam Islam, kepimpinan adalah tanggungjawab. Maka tidak kiralah anda berada di peringkat mana, anda bertanggungjawab terhadap apa yang anda pimpinan. Serendah-rendah tahap pemimpin pula hanya mampu memimpin diri sendiri. Perlu ingat, tak mampu pimpin diri, jangan harap nak pimpin orang lain. Arah tangan itu, arah kaki itu. Biar akal yang mengarahkan, bukan nafsu. Kalau nafsu yang memimpin maksudnya kita semua tak layak jadi pemimpin. Awal-awal Rasulullah menyatakan, "Setiap orang daripada kamu adalah pemimpin, dan setiap pemimpin akan dipertanggungjawabkan terhadap apa yang dipimpinnya." Sikap bertanggungjawab merupakan sikap utama bagi pemimpin. Dalam cerita SpiderMan, ada ungkapan: "Great power comes with great responsibilities!!" Tak gitu? Birmbaum, seorang sarjana pengurusan pernah menyatakan bahawa sikap bertanggungjawab tanpa kuasa akan menjejaskan tindakan, manakala orang yang punyai kuasa yang tidak bertanggungjawab adalah sia-sia!" Justeru, bagi mereka yang ingin menjadi pemimpin yang baik laksana Umar bin al-Khattab, perlu ada sikap bertanggungjawab. Jangan ada sikap lepas tangan terutama ketika dilanda masalah. Ada orang, bila berlaku sesuatu yang baik, segera diutarakan bahawa dia bertanggung jawab. Tapi bila berlaku sesuatu yang buruk, cepat-cepat dia cuci tangan dan menunjukkan tangannya yang tidak pernah sentuh isu itu. Dia tak bertanggungjawab. Itu bukan pemimpin yang sebenar. Isu bertanggungjawab tidak timbul kalau berlaku sesuatu kejayaan, kerana semua orang nak mengaku kejayaan miliknya, usahanya. Tapi isu timbul bila berlaku kesilapan. Ramai yang cuba lari dari tanggungjawab. Anda nak jadi pemimpin? Bertanggungjawablah selagi ia di bawah pimpinan anda. Sebab itu, bagi pemimpin yang baik, dia sentiasa mengawasi orang bawahannya agar orang bawahannya tidak melakukan kesilapan. Bagi yang dipimpin, sekalipun anda dikerah tenaga dan usaha yang tinggi untuk melakukan sesuatu, janganlah kutuk boss anda kerana yang bertanggungjawab bukan anda tapi boss anda. Suami bertanggungjawab pada isteri. Kalau boleh ambil tahu perkara-perkara yang patut. Isteri bertanggungjawab pada suami. Jangan dedahkan aib suami. Bertanggungjawablah... nescaya anda akan menjadi pemimpin yang hebat!
Tips Kelima: MESTI BOLEH CONTROL ORANG, BUKAN KONGKONG ORANG Asas utama pemimpin yang bagus ialah boleh dan mampu control orang. Mampu satukan ahli-ahli dalam organisasi untuk bersama-sama mencapai objektif organisasi. Bak kata mat saleh Donald Trumph.. kalau tak boleh control ahli, tandanya kurang leadership! Bagaimana nak control orang? Itu cerita lain pula.. kena baca tips2 yang diberikan secara berkaitan antara satu sama lain baru dapat tahu bagaimana nak control orang. Dalam organisasi, kalau semakin banyak orang yang pintar dan hebat, semakin banyak lah songeh yang kena hadapi dan semakin tinggi tahap konflik boleh berlaku. Dalam organisasi besar, part2 bawahan akan berlaku konflik berupa hubungan sosial dan emosi saja, tapi part2 atas organisasi berlaku konflik idea, dan konflik ego. Konflik2 inilah yang mesti di kawal oleh pemimpin. Bukan senang mengawal konflik. Pemimpin yang gagal akan gagal dengan konflik dalam organisasi. Bahkan salah satu cara menjatuhkan sesebuah organisasi bukanlah dengan membuat persaingan tetapi dengan mencipta konflik dari dalaman... mahu tak mahu pemimpin mesti boleh kawal anggota organisasi dengan baik dan berkesan. Cara mengawalnya ialah banyak cara. Undang-undang dan kod2 atau peraturan hanyalah salah satu untuk mengawal orang-orang bawahan. Undang2 tanpa penguatkuasaan akan gagal. Penguatkuasaan tanpa penyeliaan pun tak menjadi. Dalam islam kawalan boleh dilakukan dengan cara audit semasa. Atau dengan kaedah-kaedah seperti muhasabah atau namanya audit jugalah. Muhasabah ertinya check kembali segala apa yang berlaku, carilah kesilapan-kesilapan dan kekurangan. Apa yang penting kena amalkan ketelusan dan segala apa masalah jangan takut untuk berbicara secara slow talk. Jangan cakap-cakap belakang kerana ia boleh menimbulkan sistem umpatan (grapewine communication, kata org kelate) yang tidak elok pada agama dan tidak juga elok pada organisasi. Selain itu, dalam Islam, untuk mengawal konflik Islam amalkan prinsip kasih sayang sebagai shared value.. yang ni lah orng cakap senang cakap daripada amal ni.. susah nak berkasih sayang sesama insan ni kalau kita rasa kita lebih dari orang... setiap orang ada egonya, kalau dikritik jatuhlah egonya.. untuk itu kena didik organisasi biar bermatlamatkan akhirat.. didikan ini penting.. supaya setiap apa yang lahir adalah berupa warna2 warni keikhlasan... dari itu lahir kasih sayang..
5 comments:
suatu yang menarik untuk dikongsi. bahan sebegini banyak mendatangkan faedah untuk diambil perhatian dalam membentuk kepimpinan dalam diri sebelum diterjemahkan dalam situasi yang sebenar. Semoga banyak lagi bahan dan isu yang dapat diutarakan untuk dikongsi bersama dengan pengunjung. Syabas dan tahniah...
Thanks for your concern,Inilah masanya kita panjangkan ilmu kpd sahabat-sahabat yg ingin berjuang.
"Kami telah menjadikan mereka itu sebagai pemimpin-pemimpin yang memberi petunjuk dengan perintah Kami dan telah Kami wayukan kepada mereka mengerjakan kebajikan, mendirikan shalat, menunaikan zakat, dan hanya kepada kamilah mereka selalu menyembah. (Q.S Al Anbiyaa’ 21 : 73 ).
Berlandaskan ayat diatas kita akan menyadari bahwa seorang pemimpin adalah orang-orang terpilih dan digariskan oleh Allah SWT menjadi pemimpin.
Pemimpin disini tidak hanya memimpin suatu negara, lembaga atau apapun bentuk dan ujudnya minimal pemimpin diri sendiri ataupun pemimpin dalam rumah tangga.
Kita disini tidak akan membahas apa itu pemimpin dalam pengertian ataupun teori-teori yang menguraikan tentang pemimpin / kepemimpinan, karena sudah banyak ahli yang membahasnya.
Di sini sebagai bahan renungan, menjadi seorang pemimpin bukanlah perkara mudah yang termampu dilaksanakan oleh semua orang, semua yang dilaksanakan akan dipertanggung jawabkan dihadapan Allah SWT.
Berikut ini dipaparkan sebuah dialog antara seorang Awliya yang bernama Fuzail bin Iyaz dengan Khaalifah Harun Ar-Rasyid dalam buku Warisan Para Awliya karangan Farududdin al-Attar yang diterjemahkan oleh Anas Mahyudin, yang diterbitkan oleh Penerbit PUSTAKA –Perpustakaan Salman ITB.
Kisahnya begini :
Pada suatu malam, Harun ar-Rasyid memanggil Fazl Barmesid, salah seorang di antara pengawal-pengawal kesayangannya. Harun ar-Rasyid berkata kepada Fazl :
"Malam ini bawalah aku kepada seseorang yang menunjukan kepadaku siapakah aku ini sebenarnya. Aku telah jemu dengan segala kebesaran dan kebanggaan".
Falz membawa Harun ar-Rasyid ke rumah Shofyan al-Uyaina, mereka mengetuk pintu dan dari dalam Shofyan menyahut : "Siapakah itu ?.
"Pemimpin kaum Muslimin " jawab Fazl.
Shofyan berkata : " Mengapakah sultan sudi menyusahkan diri?, Mengapa tidak dikabarkan saja kepadaku sehingga aku datang sendiri untuk menghadap?".
Mendengar ucapan tersebut Harun ar-Rasyid berkata: "Ia bukan orang yang kucari. Ia pun menjilatku seperti yang lain-lainnya". Mendengar kata-kata sultan tersebut, Shofyan berkata:" Jika demikian Fuzail bin Iyaz adalah orang yang engkau cari. Pergilah kepadanya", kemudian shofyan membacakan ayat: "Apakah orang-orang yang berbuat aniaya menyangka bahwa kami akan mempersamakan mereka dengan orang-orang yang beriman serta melakukan perbuatan-perbuatan yang saleh?". Harun ar-Rasyid menimpali: "Seandainya aku menginginkan nasihat-nasihat yang baik nescaya ayat itu telah mencukupi".
Kemudian mereka mengetuk pintu rumah Fuzail. Dari dalam Fuzail bertanya: "Siapakah itu ?" .
"Pemimpin kaum muslimin ", jawab Fazl.
"Apakan urusannya dengan aku dan apakah urusanku dengan dia?", tanya Fuzail.
"Bukankah suatu kewajiban untuk mematuhi para pemegang kekuasaan?, sela Fazl.
"Janganlah kalian menggangguku", seru Fuzail.
"Perlukah aku mendobrak pintu dengan kekuasaanku sendiri atau dengan perintah sultan?, tanya Fazl.
"Tidak ada sesuatu yang disebut kekuasaan ", jawab Fuzail. "Jika engkau secara paksa mendobrak masuk, engkau tahu apa yang engkau lakukan".
Harun ar-Rasyid melangkah masuk. Begitu Harun menghampirinya, Fuzail meniup lampu sehingga padam agar ia tidak melihat wajah sultan. Harun ar-Rasyid menghulurkan tanganya dan disambut oleh tangan Fuzail yang kemudian berkata :
"Betapa lembut dan halus tangan ini! Semoga tangan ini terhindar dari api neraka!".
Setelah berkata demikian Fuzail berdiri dan berdoa. Harun ar-Rasyid sangat tergugah hatinya dan tak dapat menahan tangisnya.
"Katakanlah sesuatu kepadaku", Harun bermohon kepada Fuzail.
Fauzil mengucapkan salam kepadanya dan berkata :
"Leluhurmu, pamanda Nabi Muhammad, pernah meminta kepada beliau: ‘Jadikanlah aku pemimpin bagi sebagian ummat manusia’. Nabi menjawab ’ untuk sesaat aku pernah mengangkatmu menjadi pemimpin dirimu sendiri’. Dengan jawaban ini yang dimaksud Nabi adalah: Sesaat mematuhi Allah adalah lebih baik dari pada seribu tahun dipatuhi oleh ummat manusia. Kemudian Nabi menambahkan: Kepemimpinan akan menjadi sumber penyesalan pada hari berbangkit nanti’ ". "Lanjutkanlah", Harun ar-Rasyid meminta.
"Ketika diangkat menjadi khalifah, ‘ Umar bin Abdul Aziz memanggil Salim bin Abdullah, Raja’bin Hayat, dan Muhammad bin Ka’ab. Umar berkata kepada mereka:
"Hatiku sangat gundah kerana cubaan ini. Apakah yang harus dilakukan? Aku tahu bahawa kedudukan yang tinggi ini adalah cobaan walaupun orang-orang lain menganggapnya sebagai suatu kurniaan’. Salah seorang antara ketiga sahabat ‘Umar itu berkata:
"Jika engkau ingin terlepas dari hukuman Allah dia khirat, pandanglah setiap Muslim yang lanjut usia sebagai ayahmu sendiri, setiap Muslim yang remaja sebagai saudaramu sendiri, setiap muslim yang masih kanak-kanak sebagai puteramu sendiri, dan perlakukanlah mereka sebagaimana seharusnya seseorang memperlakukan ayahnya, saudaranya dan puteranya’ ". "Lanjutkanlah! ", Harun ar-Rasyid meminta lagi.
"Anggaplah negeri Islam sebagai rumahmu sendiri dan penduduknya sebagai keluargamu sendiri. Jenguklah ayahmu, hormatilah saudaramu dan bersikap baiklah kepada anakmu. Aku sayangkan jika wajahmu yang tampan ini akan terbakar hangus di dalam api neraka. Takutilah Allah dan taatilah perintah-perintah-Nya. Berhati-hatilah dan bersikaplah secara bijaksana, karena pada hari berbangkit nanti Allah akan meminta petanggungjawabanmu sehubungan dengan setiap muslim dan Dia akan memeriksa apakah engkau telah berlaku adil kepada setiap orang. Apabila ada seorang wanita ‘uzur yang tertidur dalam keadaan lapar, dihari berbangkit nanti ia kan menarik pakaianmu dan akan memberikan kesaksian yang memberatkan dirimu".
Harun ar-Rasyid menangis dengan sangat getirnya sehingga tampaknya ia akan jatuh pengsan. Melihat hal ini wasir Fazl menyentak Fuzail:
"Cukup! Engkau telah membunuh pemimpin kaum muslimin!".
"Diamlah Haman! Engkau dan orang-orang yang seperti engkau inilah yang telah menjerumuskan dirinya, kemudian engkau katakan aku yang membunuhnya. Apakah yang kulakukan ini suatu pembunuhan?"
Mendengar kata-kata Fuzail ini tangis Harun ar-Rasyid semakin menjadi-jadi. Ia menyebutmu Haman", kata Harun sambil memandang Fazl, "kerana ia menyamakan diriku dengan Fira’un.
Kemudian Harun bertanya kepada Fuzail: Apakah engkau mempunyai hutang yang belum dilunaskan?".
"Ya", jawab Fuzail, hutang kepatuhan kepada Allah. Seandainya Dia memaaksaku untuk melunasi hutang ini celakalah aku!".
"Yang kumaksudkan adalah hutang kepada manusia, Fuzail", Harun menegaskan.
"Aku bersyukur kepada Allah yang telah mengaruniakan kepadaku sedemikian berlimpahnya sehingga tidak ada keluh kesah yang harus kusampaikan kepada hamba-hamba-Nya.
Kemudian Harun ar-Rasyid menaruh sebuah rajut wang yang berisi seribu dinar di hadapan Fuzail sambil berkata:"Ini adalah wang halal yang diwariskan oleh ibuku".
Tetapi Fuzail mencelah : "Wahai pemimpin kaum Muslimin, nasihat-nasihat yang kusampaikan kepadamu ternyata tidak ada faedahnya. Engkau bahkan telah memulakan lagi perbuatan salah dan mengulangi kezaliman".
"Perbuatan salah apakan yang telah kulakukan?", tanya Harun.
"Aku menyuruhmu ke jalan keselamatan tetapi engkau menjerumuskan aku ke dalam godaan. Bukankah hal itu suatu kesalahan? Telah ku katakan kepadamu, kembalikanlah segala sesuatu yang ada padamu kepada pemiliknya yang berhak. Tetapi engkau memberikannya kepada yang tidak berhak menerimanya. Percuma saja aku berkata-kata".
Setelah berkata demikian, Fuzail berdiri dan melemparkan wang-wang emas itu keluar.
Dari paparan kisah tersebut di atas, sekarang kita kembali kedalam pemikiran kita masing-masing. Bagaimana kita menyikapi kisah tersebut tergantung dari sisi mana kita melihatnya. Dan apapun jabatan dan setinggi apapun jabatan yang kita capai, semoga kisah tersebut dapat kita teladani dan minimal dapat dijadikan bahan renungan bagi kita baik jadi pemimpin maupun menjadi yang dipimpin.
Diyakini para pembaca telah banyak mendengar, memperhatikan, membaca dan sebagainya tentang berbagai pengalaman pemimpin-pemimpin Islam yang gagah berani dan bijaksana dalam melaksanakan tugasnya. Kisah diatas hanya sebagian kecil dari kisah yang ada. Namun apa yang hendak dicapai dari paparan kisah diatas tidak lain adalah, kami mencuba mengetuk kembali hati sanubari kita dalam menjalani kehidupan ini. Kita mencuba untuk merenungi kembali perjalanan hidup kita, apakah kita sudah menjadi pemimpin yang sesuai dengan nilai-nilai Islam. Apakah dalam memimpin rumah tangga kita telah melaksanakan tugas sebagai pemimpin rumah tangga yang Islami. Pemimpin negara /pemerintahan, perniagaan, persatuan, organisasi dan sebagainya sudah mendekati seperti pesan-pesan diatas, atau hanya sekedar mengikuti arus yang terjadi, dengan satu sikap arogan .
Apakah kita sudah mengembalikan sesuatu yang ada pada diri kita kepada pemiliknya yang berhak ?, seperti pesan Fuzail di atas, atau memberikan sesuatu hanya sekedar untuk mengamankan jawatan sekarang yang kita pegang ?.
Sebagai penutup penulis mengutip sebuah pepatah Minang mengatakan :
"Rajo Alim rajo disambah, Rajo Lalim rajo disanggah".
Nah kembali juga kepada diri kita masing-masing apakah akan menjadi pemimpin yang dihormati / dipatuhi atau akan menjadi pemimpin yang selalu akan ditentang.,
Akhirnya kepada Allah jualah kita berserah diri dan memohon ampunan-Nya, semoga bermanfaat.
Wassalmualaikum Wr.Wb.
untuk mengumpul biodata pemimpin agong jauh lebih mudah , tapi untuk dipakai guna dalam diri amat sukar sekali, ia bukan boleh dibuat-buat, sebenarnya mereka boleh melakukan ,bukan kerana sekadar ilmu dan pengalaman tetapi mereka memang sudah ada asas dalaman yang diberi oleh allah , walaubagaimanapun allah tak akan mengubah nasib sesaorang jika ia tidak berusaha mengubahnya -insaallah amin
Terima Kasih atas pandangan,kita sbg insan Allah memang sentiasa tertipu dgn helah dunia,semoga Allah sentiasa melimpahi sdr hidup sekeluarga.
Post a Comment