As'kum rakan-rakan diluar sana,sesiapa yg masih mengenali saya khususnya semasa menjadi penghulu dalam Kursus Biro TataNegara di Teluk Burau Langkawi.Dalam usia pertengahan 20an,saya walaupun diberi tanggungjawab besar namun ketika itu lagu Warisan tidak berkesan dihati namun ia berubah hari ini,terasa menitis airmata melihat sekeliling.........melodinya hampir lupa.
Anak Kecil Main Api,
Terbakar Hatinya Yang Sepi,
Air Mata Darah Bercampur Keringat,
Bumi Di Pijak Milik Orang.
Nenek Moyang Kaya Raya,
Tergadai Seluruh Harta Benda,
Akibat Sengketa, Sesamalah Kita,
Cinta Lenyap Di Arus Zaman.
Indahnya Bumi Kita Ini,
Warisan Berkurun Lamanya,
Hasil Mengalir Ke Tangan Yang Lain Pribumi Merintih Sendiri.
Masa Depan Sungguh Kelam,
Kan Lenyap Peristiwa Semalam,
Tertutuplah Hati Terkunci Mati,
Maruah Peribadi Dah Hilang.
Kini Kita Cuma Tinggal Kuasa Yang Akan Menentukan Bangsa,
Bersatulah Hati Bersama Berbakti,
Pulih Kembali Harga Diri.
Kita Sudah Tiada Masa,
Majulah Dengan Maha Perkasa,
Janganlah Terlalai Teruskan Usaha,
MELAYUKAN GAGAH DI NUSANTARA
No comments:
Post a Comment