Sunday, May 25, 2008

Tidur juga ibadah

Tidurlah di atas rusuk kanan dan menghadap kiblat. Mudah-mudahan mimpi kita dikurniakan hikmah kerana ia merupakan satu cara wahyu diturunkan. Mimpi yang benar adalah mimpi yang diberkati Tuhanmu. Selain itu adalah mimpi yang batil dari gangguan jin dan syaitan, dan mimpi yang hambar terhasil dari panorama hidup seharian.
Ingatan terhadap mimpi adalah penerimaan fikiranmu mentafsirkannya. Sekiranya kamu tidak biasa atau tidak percaya dan tidak dapat menerima berita-berita ghaib sebagaimana yang dituntut oleh Al-Quran dan As-Sunnah maka jadilah segala-galanya tidak bererti dan tidak mendatangkan faedah dan pengajaran kepadamu. Jadikanlah mimpi sebagai mimpi dan permainan tidurmu.
Tidurlah apabila merasai mengantuk. Dengan tidur, anggota tubuh akan dapat kerehatan dan tenaga akan pulih kembali. Usahlah kamu tidur dengan berlebih-lebihan kerana perbuatan itu akan mengakibatkan badan menjadi letih dan lesu. Selain itu akal fikiran akan menjadi lemah. Akan tetapi, jangan pula kamu tidak tidur berpanjangan kerana dengan berbuat demikian kewarasan fikiran akan hilang.
Tidurlah sekadar sebagaimana disyorkan Islam, ditunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w iaitu tidur sebelum zohor dan selebihnya di siang hari menguruskan pentadbiran dunia. Manakala, tidur sedikit di malam hari dan bangun memperhambakan diri dari tengah malam hingga ke pagi. Inilah contoh tidur yang ideal dan amalan manusia, hamba yang mencari keredaan Allah

No comments:

PUSTAKA