Saturday, June 7, 2008

Sejarah Tingkatan 1 (Peralihan) : Petronas

Beberapa soalan mengenai Petronas Carigali , TCOT dan Petronas Penapisan.

Soalan 1

Berapakah jumlah pengeluaran minyak mentah Malaysia setiap hari , bulan dan tahun ?

Jawapan

Malaysia mengeluarkan sebanyak 750,200 tong minyak sehari , atau 22, 506,000 tong sebulan atau 8,214,690,000 tong setahun.

Soalan 2
Berapakah jumlah kapasiti pengeluaran kilang penapis minyak milik Petronas di Malaysia

Jawapan
Malaysia mempunyai kilang menapis minyak dengan kapasiti berikut

i. Kertih , Terengganu 63,500 tong sehari
ii. Melaka Kompleks 1 100,000 tong sehari
iii. Kompleks 2 sebanyak 100,000 tong sehari

Soalan 3
Dari mana punca minyak mentah yang digunakan oleh kilang penapis Petronas di Kertih & Melaka ?

Jawapan
Semua sumber minyak mentah yang digunakan oleh kilang – kilang penapisan tadi adalah diperolehi dan dibekalkan dari telaga di pesisir pantai Terengganu , iaitu dari jenis Malaysian light, sweet crude

Soalan 4
Terangkan secara ringkas bagaimanakah proses pengerudian , penghantaran , pengasingan dan penapisan dijalankan ?

Jawapan
Minyak yang disalur dari lapangan , offshore oleh Petronas Carigali ke TCOT – Terengganu Crude Oil Terminal , akan melalui proses pengasingan bagi menghasilkan crude oil dan seterusnya dihantar ke Kilang Penapisan Petronas di Kertih dan Melaka untuk proses penyulingan. Sebahagian besar dari crude oil keluaran TCOT tadi akan disalurkan ke Jeti Kertih , bagi tujuan eksport

Soalan 5
Berapakah harga minyak mentah jenis Malaysian light, sweet crude yang digerudi dan digali dari pesisir pantai Terengganu dijual oleh Petronas Carigali kepada Petronas Penapisan Sdn Bhd ?

Jawapan
Tidak diketahui.. Tetapi kemungkinan besar ianya mengikut harga pasaran antarabangsa , walaupun akhirnya nanti hasil minyak tadi adalah untuk dijual dan kegunaan tempatan.

Soalan 6
Adakah Petronas Carigali bersedia menjual dan menetapkan harga minyak mentah kepada Petronas Penapisan , mengikut harga yang lebih rendah , dan tidak mengikut harga pasaran antarabangsa.

Jawapan
Tidak pasti. Tetapi bagi mengaut keuntungan yang lebih besar , adalah elok Petronas Carigali menjualnya kepada Petronas Penapisan mengikut harga antarabangsa, walaupun akhirnya sebenarnya miyak tersebut adalah untuk kegunaan domestik , iaitu rakyat Malaysia.

Soalan 7
Adakah Petronas Carigali , TCOT dan Petronas Penapisan Sdn Bhd bersedia untuk berunding bagi menetapkan harga yang berpatutan iaitu yang lebih rendah , bagi meringankan beban rakyat ?

Jawapan
Tidak pasti. Ini kerana kumpulan Petronas telah diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri , iaitu dengan kawalan sepenuhnya oleh Perdana Menteri Malaysia.

Soalan 8
Berapakah jumlah pendapatan , perbelanjaan dan keuntungan tahunan Petronas Carigali Sdn Bhd ?

Jawapan
Sila dapatkan laporan tahunan dan audit syarikat

Soalan 9
Berapa jumlah pendapatan , perbelanjaan dan keuntungan tahunan Petronas Penapisan Sdn Bhd ?

Jawapan
Sila dapatkan laporan tahunan dan audit syarikat

Soalan 10
Berapakah aset terkumpul kumpulan Petronas , jumlah pendapatan , jumlah perbelanjaan , jumlah keuntungan , jumlah royalti yang dibayar kepada negeri Terengganu , Sabah dan Sarawak , sejak tahun 1974 ?

Jawapan
Tidak pasti. Ini kerana tidak ada rekod yang dikemaskini. Semuanya dikawal sepenuhnya oleh Jabatan Perdana Menteri dengan kawalan mutlak Perdana Menteri.

Info ini adalah untuk murid-murid Tingkatan Satu K (Peralihan) SMK Bagan Nira Sabak Bernam.

No comments:

PUSTAKA