Saturday, November 1, 2008

Teori Sains Popular yang Dianggap Metos!

MEMBACA dalam cahaya yang malap tidak akan merosakkan mata dan anda tidak memerlukan lapan gelas air sehari untuk kekal sihat. Begitu juga mencukur kaki anda tidak akan mempercepatkan penumbuhan bulu.

Teori-teori yang telah lama dipakai ini merupakan antara tujuh mitos perubatan terkemuka yang baru didedahkan dalam British Medical Jurnal baru-baru ini sempena sambutan perayaan Krismas. Dua penyelidik Amerika Syarikat (AS) telah mengambil tujuh kepercayaan umum dan mengkaji arkib untuk mendapatkan bukti bagi menyokongnya.

Meskipun sering ditekankan dalam akhbar tentang keperluan mengambil lapan gelas air setiap hari, para penyelidik mendapati belum terdapat bukti kukuh saintifik yang menyokong dakwaan tersebut. Kekurangan bukti secara menyeluruh telah direkodkan dalam sebuah kajian yang disiarkan dalam Jurnal Psikologi Amerika. Enam mitos yang lain termasuklah:

* Tidak memerlukan lapan gelas air sehari untuk kekal sihat
Meskipun sering ditekankan dalam akhbar tentang keperluan mengambil lapan gelas air setiap hari, para penyelidik mendapati belum terdapat bukti kukuh saintifik yang menyokong dakwaan tersebut.

* Membaca dalam keadaan lampu malap
Kekurangan bukti secara menyeluruh telah direkodkan dalam sebuah kajian yang disiarkan dalam Jurnal Psikologi Amerika. Kebanyakan pakar mata percaya ini tidak akan merosakkan mata untuk jangka panjang tetapi mungkin mengakibatkan masalah juling, kekerapan mengerdip dan mempunyai masalah memberi tumpuan.

* Bercukur
Kajian mendapati bercukur tidak memberi sebarang kesan ke atas kadar pertumbuhan atau kekasaran bulu.

* Pening jika makan ayam Belanda
Ayam Belanda mengandungi sejenis asid amino perlu yang dikenali sebagai triptofan. Triptofan terlibat dalam pengawalan tidur dan perasaan seseorang. Akan tetapi, asid amino dalam ayam Belanda tidaklah sebanyak yang terdapat dalam ayam atau daging kisar.

* Hanya 10 peratus otak diguna
Populariti mitos ini mulai diperkatakan seawal tahun 1907 tetapi imbasan tidak membuktikan bahagian otak yang tidak aktif sepenuhnya.

* Rambut dan kuku jari terus tumbuh selepas mati
Idea ini mungkin bercambah daripada novel-novel misteri.
Para penyelidik sebaliknya berkata, kulit mengering, tertanggal dan
tidak tumbuh selepas seseorang itu mati.

* Penggunaan telefon bimbit di hospital
Mitos yang mengatakan ia berbahaya mungkin telah mendapat publisiti berlebihan tetapi kajian mendapati penggunaan telefon bimbit hanya memberi gangguan minimum pada peralatan hospital.

Kajian tersebut telah dijalankan oleh pembantu profesor pediatrik, Aaron Carroll dari Institut Regenstrief, Indianapolis dan Rachel Vreeman, felow dalam kajian perkhidmatan kesihatan kanak-kanak di Sekolah Perubatan Universiti Indiana

No comments:

PUSTAKA