Sekarang ini Gaza dibedil dengan dahsyat sekali lagi. Ramai rakyat Palestin yang tidak berdosa menjadi mangsa pembunuhan terancang ini. Seperti biasa negara-negara Arab yang berjiran dengan Palestin bersidang dan sekadar mengeluarkan deklarasi kutukan sahaja kepada rejim Israel laknatullah itu.
Mengapa ini terjadi biarpun beribu kali rejim Israel mengebom dan membunuh rakyat Palestin saban tahun? Mengapa tiada tindakan ketenteraan dari negara-negara Arab dalam menghadapi kezaliman di depan mata?
Racun-racun nasiolisme, demokrasi, sekularisme yang ditanamkan ke dalam dunia islam keseluruhannya sejak zaman penjajahan dahulu telah berjaya mengekang kebangkitan umat islam melawan kezaliman regim zionis.
Kini pemimpin-pemimpin dunia Arab menyalahkankan pula rakyat Palestin yang berpecah belah yang menyebabkan Palestin diserang dengan mudah oleh regim terkutuk itu. Mereka ini lupa yang mereka juga berpecah belah kepada beberapa negara yang berbeza walaupun sama bangsa dan agama dengan rakyat Palestin. Yang penting bagi mereka kamu jaga negara kamu
Selagi islam tidak dijadikan teras pemerintahan setiap negara yang majoriti penganut islam maka selagi itulah kita akan melihat senario seperti ini berlanjutan 'Kamu yang kena belasah bukan aku jadi pandai-pandailah kamu mempertahankan diri'.
Inilah ujian Allah memperlihatkan kepada kita siapa sebenarnya munafik dikalangan kita. Jelas sekali para pendokong nasionalisme, sekularisme dan demokrasi tajaan musuh islam adalah terpesong sama sekali dari ajaran islam, mereka inilah yang berkuasa sekarang di hampir semua negara umat islam yang mengongkong kebangkitan islam.
Manakala mereka yang memperjuangkan hak-hak islam digelarkan sebagai pengganas. Semuga mereka ini istiqomah dalam jihad menentang kezaliman musuh-musuh Allah. Syahid adalah cita-cita mujahidin-mujahidin diseluruh dunia.
No comments:
Post a Comment