Sah disisi undang-undang.
Pelaburan emas boleh dilakukan dengan 2 cara :-
1) Membeli emas fizikal
Gold Bar, Gold Coin, Gold Nugget & Gold Jewellery
2) Melabur dalam Akaun Pelaburan Emas (gold saving book)
CARA NAK BUAT PELABURAN EMAS?
--------------------------
- Membeli ketulan emas di kedai Emas seperti Habib Jewels, Lady Fortuna, Poh Kong, Poh Win
- Membeli barangan kemas (emas) di kedai emas (emas 916)
- Membeli wang syiling Kijang Emas di Maybank
- Membeli Emas fizikal di UOB Bank
- Simpanan Gold Saving Passbook di Maybank dan Public bank
- Membeli Dinar/Dinar emas Kelantan
- Membelisyiling emas/gold bar di Public Fine Gold.
KENAPA EMAS?
-------------
- Sebab nilai emas lebih stabil berbanding unit trust & hartanah dalam masa jangka panjang
Nilai emas Feb 1999 = US$300
Nilai emas Feb 2009 = US$1,002
Kenaikan lebih 300% sepanjang 10 tahun.
Purata kenaikan lebih 30% setahun
BAGAIMANA NAK MULA?
------------------------
1) Pada kebiasaannya, orang banyak melabur dalam emas dengan membeli barang kemas.
Emas jenis ini mempunyai ketulenan emas 916
Kelebihan = Mudah dibeli di mana-mana
Kekurangan = Perlu simpan di tempat selamat. Harga lebih mahal kerana perlu tanggung kos desinger barang kemas, sedangkan nilai sebenar emas adalah rendah sedikit dari harga yang dinyatakan.
2) Membeli ketulan emas (gold bar) atau syiling emas
Gold bar biasanya mempunyai ketulenan emas 999
Gold coin pula biasanya mempunyai ketulenan emas 916 (supaya mudah dibentuk mcm barang kemas)
Kelebihan = Dapat lihat emas depan mata (puas hati)
Kekurangan = Kena simpan di tempat selamat. Tak boleh tanggalkan plastic-casing, jika tidak, nilai jualan-semula emas tersebut akan ditolak 10%-15%
3) Membeli emas melalui buku simpanan emas di Public Bank / Maybank
Berfungsi seperti buku ASB, dimana setiap pembelian unit saham akan direkodkan dalam buku. Setiap gram emas yang anda beli akan direkodkan ke dalam buku pelaburan emas anda (mengikut nilai emas pada masa pembelian).
Kelebihan = Tak payah pening cari tempat selamat. Mudah nak mulakan & maintain. Boleh jual-balik bila bila masa dan tukarkan kepada tunai untuk dapat keuntungan
Kekurangan = Public Bank tak sediakan penebusan dalam bentuk emas. Maybank ada sediakan penebusan dalam bentuk emas mengikut sukaran tertentu, tapi harga jualan emas di Maybank 2x lebih mahal dari Public Bank.
Note : For beginner - Gunakan cara 1 atau 3.
AAUN PELABURAN EMAS di Public Bank
------------------------------
Public Bank Gold Investment Account
1) Buka akaun simpanan di Public Bank. Minima biasanya RM300 deposit permulaan. (Boleh keluarkan balik selepas tu)
2) Buka akaun pelaburan emas (Gold Investment Account) bila harga emas Public Bank rendah sedikit. Minima pembukaan akaun kena beli lebih dari 20gram emas.
3) Tambah pembelian emas dari masa ke semasa, terutamanya ketika harganya rendah (below RM100/gram) dan jual emas anda bila harganya mahal (melebihi RM115/gram) untuk nikmati keuntungan (boleh jual sebahagian atau kesemua). For long term, boleh tambah emas dari masa ke semasa (setiap bulan) dan jual sedikit demi sedikit bila dah bersara nanti.
Contoh : Beli masa murah, jual semula masa harga mahal.
Untung lebih 10% dalam 2 minggu
ZAKAT EMAS
-------------
Perlu dibayar bila jumlah pegangan emas melebihi 85 gram dan dimiliki lebih 1 tahun. Kiraan zakat bergantung pada status emas yang diguna dan emas yang disimpan tanpa diguna.
No comments:
Post a Comment