ATTACKING IS THE BEST DEFENCE
UMNO perlu melakukan muhasabah diri mengapa ianya kurang mendapat sokongan rakyat dan ini pernah dinyatakan berkali-kali oleh ramai pihak.Fitrahnya sebagai parti politik tua dan lama berkuasa ia terdedah kepada banyak kelemahan dan kekurangan sehingga jasa besarnya dilupakan.Langkah dasar keterbukaan Tun Abdullah Ahmad Badawi semasa menjadi Perdana Menteri – menjadi pemangkin kepada pendedahan nanah UMNO, BN dan kerajaan yang menunggu masa untuk terbongkah keluar.
UMNO perlukan ‘blood transfusion’. Diharap dengan suntikan darah baru dapat memberikan tenaga dan kesegaran untuk beberapa lama lagi sebelum ia menghadapi persaraan wajib. Inilah yang dilakukan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri yang ke 6. Masanya tidak banyak Cuma 2 tahun. Untuk itu pasukan DS Najib tidak ada masa untuk berbulan madu diatas kejayaan lantikan.
Disamping pasukan ini bekerja kuat untuk rakyat, mereka perlu sedar bahawa mereka sebenarnya dalam pertempuran persaingan dan permainan untuk menakluk kuasa. Adalah menjadi tanggungjawab utama mereka untuk mempengaruhi fikiran, perasaan, sikap dan perlakuan rakyat agar kembali menyokong perjuangan parti dan negara dalam pilihanraya yang ke 13.
Pendekatan defensif atau mempertahankan diri tidak akan membawa kemenangan. Yang penting cepat sedar terhadap kelemahan dan memperbaikinya segera dan bukannya bersugul-sugul untuk sekian lama tetapi tidak mengambil apa-apa tindakan. Sekali kalah pilihanraya yang ke 12 sudah seperti negara di langgar garuda !!. Sepi dalam moral yang rendah dan tidak kurang yang cuba main selamat.Ini masanya UMNO dan BN melakukan pendekatan aggresif. Mereka belum kalah total. ‘Attacking is the best defence’. Kerana ini adalah permainan politik untuk merampas atau mengekal kuasa kerana cita-cita seorang yang ingin menjadi Perdana Menteri yang tak kesampaian.
PKR dan PAS telah meletakkan prinsip bangsa dan agamanya di pintu belakang kerana ingin mengambil hati orang-orang bukan Melayu. Melalui Pakatan Rakyat mereka berjaya mencipta matlamat bersama dan hanya satu – tumbangkan BN.
Strategi mereka ternyata berkesan sebab mereka menyerang dan terus menyerang dari semua posisi dan sudut. UMNO tidak bernafas untuk menjawab. Semua institusi-institusi penting negara seperti Kehakiman, Polis dan SPR sudah dikunci mati oleh Anwar melalui menghilangkan kepercayaan rakyat kepadanya. Bukan semua tuduhan betul, tapi rakyat mempercayainya. Inilah politik. Bertabur rentak langkah dan tari komponen BN kerana serangan dan fitnah separuh benar daripada PR. Sebenarnya BN memerlukan pahlawan muda dan berani untuk menghadapi serangan ini.
Belumpun lama PKR berkuasa, terlalu banyak kes-kes nyata di kalangan wakil-wakil rakyat mereka yang menyebabkan pilihanraya-pilihanraya kecil yang menyusahkan rakyat terpaksa diadakan. Tetapi nampaknya ini tidak dieksploit dengan kemas oleh BN dan isu-isu ini berlalu begitu sahaja tanpa dilihat sebagai satu kesalahan.
Dalam beberapa minggu lalu terlalu banyak ‘political drama’ yang kita tonton sehinggakan rakyat sudah mulai rasa muak dan jijik.Dalam sejarah negara tidak pernah kita melihat kaum India yang hanya merupakan 1.8 juta penduduk negara ini 'naik minyak' sampai begitu rupa sehingga sanggup memaki hamun pasukan keselamatan negara dan pimpinan yang diistilahkan oleh Hindraf sebagai 'kerajaan Melayu-Muslim'.
Jika saya diminta menyebut satu usaha positif DS Najib maka ianya adalah kegigihan beliau menangani krisis ekonomi negara dan sudah ada tanda-tanda positif kearah tersebut. Saya percaya jika usaha ini berjaya rakyat akan membuat penilaian semula terhadap tanggapan salah mereka sebelum ini.
Pendekatan beliau untuk tidak melayan provokasi-provokasi Anwar telah menobatkan beliau sebagai PM yang ke 6 lebih awal daripada sepatutnya. Ketenangan beliau yang bersahajalah yang membawa kerajaan Perak tumbang kepada BN berbanding kehebohan Anwar melalui Rancangan 16 September yang gagal.
Kita selalunya merancang, tetapi kita selalu lupa rancangan Allah kepada kita.
No comments:
Post a Comment