Monday, August 10, 2009
SUPERB - Padi
SKIM USAHAWAN PERTANIAN BERSEPADU - PADI
( SUPERB - PADI )
1. Projek SUPERB-Padi seluas 300 hektar di Kg Sg Balang Muar Johor ini,diusahakan oleh Koperasi Wawasan Sapintas (KOWASA) Bhd untuk ahli-ahlinya sahaja. Ahli-ahli yang berminat menyertai program ini mestilah telah diterima sebagai anggota yang sah dalam Mesyuarat Agong Tahunan. Jenis tanaman adalah terhad untuk penanaman padi sahaja.
2. Dalam SUPERB-Padi ini, ahli-ahli akan membuat pelaburan sebanyak RM5,000.00 untuk membiayai kos projek. Ahli KOWASA yang telah dikenalpasti berpengalaman dalam penanaman padi akan dilantik sebagai Pengusaha dan Pengurus Estet Padi. Pecahan kos semusim (5 bulan) untuk 1 lot (1 Hektar) adalah seperti berikut:
a. Sewa Tanah (10%) RM 00,500.00
b. Kos Bahan (50%) RM 02,500.00
c. Kos Kerja/Buroh (16%) RM 00,800.00
d. Khidmat Guaman (4%) RM 00,200.00
e. Premium Takaful (4%) RM 00,200.00
f. Urusan Agensi Kerajaan (6%) RM 00,300.00
g. KOWASA’s konsultansi (10%) RM 00,500.00
Jumlah RM 05,000.00
3. Unjuran hasil pendapatan estet padi per Lot semusim
a. Hasil Jualan padi (6mt x RM1,200.00) RM 07,200.00
b. Subsidi harga (6 mt x RM 248.10 ) RM 01,488.60
Jumlah RM 08,688.60
# Untung Bersih RM 03,688.60 per lot semusim
4. Perjanjian antara peserta dengan KOWASA Bhd antara lain mengandungi:
a. KOWASA akan memberi pulangan anggaran antara 20 % sehingga 40% sebagai bayaran dividen selepas 5 bulan dimana hasil dijangka ditunai. Ianya bergantung kepada keuntungan bersih yang diperolehi.
b. KOWASA akan terus membayar zakat pertanian bagi pihak peserta.
c. Peserta akan diberi sijil penyertaan SUPERB-Padi yang akan memberi keistimewaan untuk meneruskan kontrak selanjutnya dengan KOWASA sehingga 15 tahun.(37.5 musim).
d. Peserta SUPERB-Padi dibenarkan melawat ladang dan meninjau perkembangan penanaman dari masa kesemasa tetapi dilarang melakukan kerja-kerja ladang tanpa kebenaran pihak pengurusan Estet Padi KOWASA.
5. Butiran Pembahagian Untung (Profit Sharing) yang dicadangkan:
a. Dividen Peserta - #40% RM 01,475.44
b Zakat Pertanian - 2.5% RM 00,092.22
c. Hadiah Tuan Tanah – 2.5% RM 00,092.22
d. KOWASA – 55% RM 02,028.72
JUMLAH RM 03,688.60
# anggaran
Ikhlas,
HJ DARMAWI HJ HAMDANI
+6013 344 6208
(Pengerusi)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment