Friday, September 4, 2009

The End is Near

Filem 2012 bakal muncul di sinema tidak lama lagi. Tepat pada masanya, Hollywood menyedari kebimbangan-kebimbangan manusia untuk dijadikan filem untuk menarik pembeli tiket.Menjelang beberapa tahun 2012, perbincangan tentang akhir masa alam ini mula banyak diwacanakan di mana-mana. Dalam banyak perbincangan, ia lebih menjadi isu sensasi berbanding perbincangan eskatologi.

Eskatologi atau kajian mengenai akhir zaman menjadi salah satu bahagian penting agama-agama samawi. Ia juga menjadi satu perkara besar yang menjadikan pengikut Syiah dan Sunni berbeza pendapat dan pendekatan.Ini kerana eskatologi lebih dipentingkan dalam aliran Syiah berbanding Sunni. 12 Imam misalnya ialah satu faktor yang menjadi bahagian penting eskatologi bagi pengikut Syiah.

Dalam kalangan Sunni, eskatologi agak tidak dipentingkan dan jarang sekali mencetuskan perbincangan yang hangat, walaupun Hari Kiamat menjadi salah satu rukun iman bagi aliran Sunni.Seperti juga dalam ajaran Kristian. Sokongan kuat kelompok Kristian tertentu kepada Zionis di Israel didasarkan juga pada eskatologi.

Dalam pasaran buku bahasa Melayu pada masa kini, satu tajuk dalam eskatologi menjadi perhatian ramai, iaitu Yakjuj dan Makjuj dan Zulkarnain. Aspek ini dijangka akan menarik perhatian lebih ramai, memandangkan budaya popular juga telah menjadikannya satu isu untuk menarik orang ramai.

No comments:

PUSTAKA