"Antara manusia paling sibuk mencari populariti, glamour, nama dan duit segera ialah para selebriti, artis,ahli korporat,politician dan yang sepertinya. Halal haram, mana perintah Allah, mana larangan Allah, patuh atau langgar syariat semuanya dipinggirkan. Ia tidak menjadi keutamaan. Yang diutamakan ialah keinginan hati dapat dipenuhi.
Di Malaysia, antara modal insan paling ramai dilahirkan ialah melalui industri seni dan hiburan. Tidak perlu kelulusan akademik tinggi. Yang diperlukan ialah bersedia menjadikan hawa-nafsu sebagai raja, mengenepikan hukum halal-haram, syariat dan menggadaikan tugas sebagai khalifah Allah di bumi.
Maaflah kalau tulisan ini agak keras bunyinya. Kekadang tulisan yang keras baik bagi melembutkan hati yang keras.
Bagi mereka glamour, dan duit ratusan ribu ringgit sebagai bayaran melalak, berpura-pura dalam drama dan filem itulah yang boleh menyelamatkan mereka dari murka Allah.
Saudara/i, sedarlah bahawa itu semua hanya sementara untuk sebuah kehidupan di dunia yang menjadi ujian ini. Glamour tidak lama, ia akan pupus. Nama tidak kekal, ia akan pudar. Duit tidak boleh menyelamatkan, ia akan habis.
Biarlah nama kita dikenali di langit. Jika Allah menyayangi seseorang, Allah memanggil Jibril dan memberitahunya bahawa Allah sayangkan si fulan. Kamu kena sayang kepadanya dan beritahu malaikat lain supaya menyayanginya. Akhirnya semua makhluk di langit sayang kepadanya. Begitu juga sebaliknya jika Allah murka kepada si fulan-si fulan. Akhirnya semua makhluk di langit murka kepadanya.
Mudah sahaja untuk kita tahu yang mana disayangi Allah dan mana yang dimurkai Allah. Orang yang ikut ajaran Islam, ikut Nabi, ikut perintah Allah, jauhi larangan Allah itulah insyaAllah orang yang disayangi Allah, Jibril dan makhluk di langit. Sebaliknya mereka yang suka melanggar perintah Allah dan Rasul itulah yang dimurkai di langit.
Elok juga kalau diajar telinga itu untuk mendengar peringatan supaya tahu hakikat hidup ini.
2 comments:
saya setuju dan sependapat dengan pandangan tuan dalam topik di atas.
Keglemoran dalam industri hiburan khasnya terlalu gah dan anak melayulah yg paling ramai dalam bidang ini.
Publisti dan faktor ganjaran yg terlalu tinggi tanpa perlu kelayakan dan kebolehan sebenar menjadi penarik utama golongan belia melayu dalam industri kepura-puraan ini.
Qari atau qariah yg menang samada di peringkat nasional atau internasional, hanya diberi ganjaran yang ciput. Berbanding penyanyi baru yg menang pertandingan mampu meraih ratusan ribu lengkap dengan penajaan.
Persoalannya... siapa yang membenarkan fenomena itu berlaku?
saya setuju dengan pandangan tuan di tajuk ini.
Dunia glemor hiburan kini sudah melupakan asal, adat dan agama orang kita.
Daya tarikan awal menjebakkan mereka apabila sesuatu pertandingan hiburan di kaca TV, ganjarannya cukup lumayan.. hinggakan sanggup ibubapa tampil membela anak didik mereka sekiranya anak didik mereka tewas atau terkeluar daripada ranking..
penonjolan kepada hiburan dibuat keterlaluan dan paling menyedihkan bila kerajaan sendiri memberi galakan dan sokongan.
Manakala Qari atau Qariah yang menang musabaqah peringkat nasional mahupun internasional hanya diberi ganjaran yang tidak sepadan dengan title yang diperolehi mereka. Menang dan julang di peringkat antarabangsa; tiada hadiah kereta, tiada hadiah rumah. Sudah tentu tidak menarik minat para beliawan/beliawanis.
Program berunsur kebaikan yang kreatif agak kurang ditayangkan sebagai program TV. Yg ada hanya program tiruan dari luar. Menggambarkan rakyat kita yg terlibat dalam industri hiburan di negara kita sememangnya TIDAK KREATIF langsung. Tiada ciptaan baru untuk negara lain tiru. program ke arah kebaikan yang boleh diguna pakai di peringkat global.
Kerajaan pula semakin sibuk memuja industri yg melalaikan ini. Apa saja program besar mesti ada gula-gula dalam bentuk nyanyian oleh artis-artis hiburan yang tidak menggambarkan hasrat kerajaan untuk membina jati diri warganegara ke arah kemuliaan dan ketinggian moral.
Kerajaan juga harus memikirkan konsert-konsert mengarut setiap kali sambutan sesuatu perayaan peringkat negara....
Pembaziran yang jelas kepada rakyat yang terfikir dan berfikir...
Post a Comment