As'kum wrbt semua,
Pagi ni saya mencari-cari akal untuk menulis tentang perasaan,tapi gagal..dan akhirnya dapat juga saya menulis.....
Semalam penulis kehilangan seorang sahabat yang telah dikenali dan bersama lebih 20 tahun.Sdr Khairuddin Abdullah @Ben telah meninggalkan kami semua lebih awal diusia 52 tahun disebabkan komplikasi jantung. Sejak menerima call dia telah pergi,saya bungkam dan hampir tidak dapat menerima ketentuan Ilahi ini.Bermacam persoalan yang berlingkaran dibatu jembala umpama lebah sedang mengerumuni mangsanya.Satu demi satu peristiwa bersama Allahyarham menerpa saling berganti.Rasa ralat juga belum dapat memenuhi keinginan sahabat yang satu ini.Sepanjang membantu menguruskan jenazahnya dari katil hospital, memandikan, mengkafan, mensolatkan, mengiringi ke kampung halaman beliau sehinggalah keliang lahad,perasaan ralat seperti yang dibisikkan oleh sdr Rahim makin mendalam.InsyaAllah hasrat & keinginan saya kepada allahyarham dan rangkaian semua, akan saya penuhi disatu hari yang hanya Allah yang tahu.Semoga Allah dapat mempercepatkannya.
tapi ..kan kita ni manusia,yang hidup dibawah ketentuanNya,apa yang kita fikiri,hajati atau cita-citai hanya lebih kepada angan-angan belaka agaknya disisiNya.Dia amat mengetahui segalanya.Fullstop.
Ramadan kian hampir,syawal selepas tu,dan banyak lagi peristiwa akan menyusul tanpa beliau bersama,kami akan kehilangan gurau sendanya,kerana beliau memegang watak pencetus silatulrahim kepada keakraban rangkaian kami semua.Semoga Allah mencucuri rahmat dan ditempatkan roh beliau bersama para syuhada',tabie,dan tabien.Alfatihah
SAUDARAKU KITA AKAN BERTEMU SEMULA DISANA KELAK...
1 comment:
Semalam saya ke majlis tahlil arwah... kebetulan saya terpaksa pulang awal, saya pun makan bersama jemaah surau, tidak bersama rangkaian sahabat arwah yang seperti telah merancang untuk makan agak terkemudian...
tapi saya rasa bagus jugak tidak makan bersama mereka, kerana tidak ingin rasa janggal, makan bersama mereka tanpa arwah... mungkin ia akan mengambil sedikit masa untuk saya menyesuaikan diri... bukan kerana mereka tu, bukan sahabat saya, bukan.... mereka pun sahabat saya juga, tinggal lagi jarang sangatlah saya saya bersama mereka tanpa arwah bersama...
dan dengan kedatangan Ramadhan nie... saya akan teringat bagaimana saya, arwah dan juga Tuan bersahur bersama-sama... bukan sekali... beberapa kali sebenarnya... oh boy, bersahur bersama tu... tak pernah saya buat dengan orang lain tu kecuali keluarga dan rakan asrama...
persahabatan saya dengan arwah... walaupun relatively brief... tetapi amat 'terkesan'... saya rasa persahabatan Tuann dengan arwah yang sudah confirm lama, 'terkesan' tu is a mild word...
'apa barang'... itulah yang dia selalu sound kat saya bila dia 'marah'... saya sikit pun tak takut kerana tengok muka dia yang jernih... walaupun kadang-kadang penuh dengan 'peluh'... tapi saya 'hormati' beliau... and 'takut' is the word...
'apa barang' tu mungkin Tuan tak pernah dapat dari arwah... mungkin sebab saya nie bolehlah can be considered young to him... tetapi juga kerana arwah menghormati Tuan... he always talked high about you Sir... always...
bila saya tanya pada anak saya... Adik kenal tak kawan Papa, Uncle Ben... si adik terus jawap, kenal, uncle yang tolong adik masa kaki adik luka dulu... oh boy, itu cerita lama, bertahun lamanya... bukanlah saya nak kagumi daya ingatan anak saya tu tetapi... pada kita, arwah adalah sahabat tetapi bagi anak saya, he's his saviour... jujur saja, kat situ... I broke down and cry...
Anyway... now he’s gone..I can’t blame anyone..not his sickness or fate... it’s all determined by ALLAH... and we as HIS slaves, need to take a note about this and continue living as we are going to live forever but die on the next day...
Al Fatihah...
Affian Adnan
Post a Comment