Monday, January 24, 2011

Boleh Kayake Main Blog?

Ayat yang selalu member aku tanya kat aku bila tahu aku main blog dan jawapan yang aku berikan :

"Aku main suka-suka jer tapi kalau serius memang boleh buat duit tapi kena kerja keras la"

dan diorang tanya lagi :

"macamana nak buat blog dan dapat duit tu?"

dan aku jawab lagi :

"Kalau ko baru lagi susah sikit nak buat duit, kena kerja keras sikit."

dengan semangat mereka berkata :

"tolong aku buat duit guna blog boleh tak?"

aku pun berkata juga :

"Aku boleh tolong ko buat blog tapi kalau ko nak buat duit tu atas kerja keras ko sendiri, aku tak boleh tolong sebab aku main blog bukan untuk buat duit"

akibat rasa ingin tahu yang keterlaluan mereka bertanya lagi :

"setakat ni berapa dah ko dapat dengan main blog?"

aku dengan segan silu menjawab :

"Secara jujurnya aku tak mendapat apa-apa keuntungan dalam bentuk duit lagi dengan blog sebab tak pernah tebus lagi nuffnang aku tapi aku mendapat ramai kawan daripada blog"

dengan lemahnya mereka berkata :

"Tak jadilah aku main blog, ingatkan boleh kaya main blog"

No comments:

PUSTAKA