Thursday, February 10, 2011

Kita Pemerintah Terbaik?

Memang bukan kerajaan terbaiklah kalau laporan terbaru Transparency International (TI)diambilkira, M'sia diletakkan di kedudukan paling corot dlm Indeks Persepsi Rasuah (CPI) sejak penilaian itu dibuat 16 thn lalu dgn kedudukan pada tangga ke56 berbanding tangga ke 23 pada tahun 1995.

M'sia masa tu duduk di tangga ke6 sebaris dgn negara maju spt New Zealand, Australia, Hong Kong, Singapura & Jepun di kalangan negara Asia Pasifik. Dah 16 thn, bukan makin bagus tapi makin merosot... w/pun dikatakan ada transformasi SPRM, tambah peruntukan bajet dpd RM76.4 juta pd tahun 2005 kpd RM202 juta dlm Bajet 2011.

Amalan rasuah & ketirisan k'jaan pusat melaksanakan projek pembangunan & tidak mengurus ekonomi negara dgn baik mencatat rekod buruk dlm laporan antarabangsa Meryll Lynch & Global Financial Integrity (GFI). Malaysia juga berada di tangga kelima dlm senarai Pengaliran Wang Panas dpd negara membangun antara 2000 hingga 2008 berjumlah RM888 billion; lebih teruk lagi wang rasuah atau yg dibuat secara haram dikeluarkan dpd Malaysia ke negara2 lain mengikut laporan GFI... ni menunjukkan ada pihak di M'sia yg gunakan wang atau membuat wang secara haram & mereka tidak membayar cukai & menggunakan saluran haram utk keluarkan wang dari m'sia ke negara lain.

Itu baru facts & figures... yg lain yg kita tahu ( & ada yg buat tak tahu)....:

No comments:

PUSTAKA