Friday, July 29, 2011

BERSIH

Salam Ramadan,

Sedang saya sedang sibuk browse Facebook. Tup tup, terjumpa la satu page "
Kami mahu Rancangan Adik & Quran Ustaz Zamri di TV9 diteruskan"

Kadangkala saya setuju jugak dengan beberapa komentar dalam page ni. dorang kata, rancangan menarik mengenai Islam dan Quran diberhentikan kerana ustaz nya sertai Bersih, tetapi, artis yang problem, berpakaian seksi, dedah sana sini, macam tiada moral islam, dibiarkan disiar didalam rancangan TV.Tang artis problem perilaku dan etika pakaian tu, saya setuju. Bukan apa, kenyataan rancangan itu diberhentikan kerana rating jatuh, membangkitkan berang rakyat. Sebab ianya sesuatu yang tidak berasas.Apatah lagi, rancangan itu pun dihentikan sejurus dapat tahu ustaz Zamri sertai Bersih.

Saya bukan apa, rakan-rakan ada yang sokong kerajaan, dan mereka rasional. Maksudnya, yang, mana salah, mereka kata salah, yg benar tetap benar. Dalam hal ni, kengkawan yang sokong kerajaan rasa tak best bila rancangan ini dihentikan. Prima benar2 membuatkan rakyat muak. Wahai Media Prima, hal Wardina masih di awangan, terbit pula hal ini.

Jangan buat rakyat makin meluat dengan media prima sebagai stesyen terbesar dan terkenal ! Jangan nampak sangat Media Prima ini bertindak atas tiket tidak rasional. Jadikan Media prima ini stesen yang telus dan flexible. Apapun, saya yakin kepada media prima untuk bertindak dengan sewajarnya. Jangan nampak pincang.

Biarlah bertindak dengan sebaiknya.Apapun, saya setuju, rancangan itu tetap diteruskan demi generasi Islam akan datang. Pelbagai cara boleh dilakukan untuk menaikkan rating. Jangan bikin rakyat cari salah media prima, harap ambil tahu suara rakyat dan pandangan rakyat.

No comments:

PUSTAKA