Salam semua sahabat-sahabat di Malaysia,
Hari ini saya akan mengakhiri program penjelajahan YADIM di Australia. Selepas singgah di Adelaide kemudian ke Sydney dan terus ke Melbourne. Alhamdulillah pertemuan dan dialog dgn pelajar-pelajar di Adelaide Uni,South Australia Universiti,Sydney Universiti,NSW Universiti,Melbourne Universiti dan Monash Universiti dapat memberi gambaran lebih jelas apa yang berlaku keatas pelajar kita khususnya dalam menghadapi kehidupan dinegara orang disamping menyelami pemikiran dikalangan pelajar PHD khususnya,InsyaAllah saya akan kesini lebih kerap utk mendekati mereka dari masa kesemasa.Hasrat utk mengunjungi Canberra dan Hobart di Tasmania tak kesampaian kali ini kerana masalah penerbangan dan keletihan ahli rombongan yang lain.
InsyaAllah selepas ini saya akan ke Fremantle Western Australia pula utk menguruskan misi program lain yang dijangka memakan masa 25 hari pula. Kepada para sahabat di tanahair semoga jumpa selepas ini.
No comments:
Post a Comment