Assamualaikum & Salam Sejahtera semua,
Apabila Pee Em mengumumkan dalam sidang akhbar minggu lepas,dimana syarikat korporat diwajibkan secara berperingkat memperuntukkan 30% pengurusan tertinggi dari kalangan wanita,saya cuma tersenyum....mungkin Kitchen Cabinet sudah jadi Goverment Cabinet.
Ramai yang dah bersuara, Mak Chik Rafidah antara yg mengeluarkan komen yang menarik.
Katanya kenapa perlu ada kuota,dalam kesibukan satu dunia meraung untuk menghapuskan sebarang kuota dalam mana-mana pentadbiran,tetiba sahaja kita buat peraturan kuota.Ini langkah kebelakang.
Mungkin selepas ini golongan lelaki juga memohon untuk diperuntukan sekurang-kurangnya 60% dalam pengurusan tertinggi tetap dari kalangan maskulin ini.Kemudian golongan belia pula terkinja-kinja mohon memperuntukan 30% untuk mereka. Selepas itu kaum Cina pula menuntut 30% kuota untuk mereka,tidak kurangnya kaum India pun ramai yang berkelayakkan. Last-last dah tak cukup kuota nak dibahagi-bahagi kena ikutlah cara Ajis dengan si Sudin,satu untuk aku,satu untuk kau...tak selesai-selesai.
Isunya apa? Adakah kaum wanita di Malaysia sangat tertindas untuk memegang jawatan-jawatan tinggi disyarikat korporat? Tak pernahpun saya dengar peninsasan sedemikian.Yang ternyata ramai wanita-wanita berjawatan tinggi disektor kerajaan di MOF sendiri,dah lama dah mereka 'control'.
Bila kitchen Cabinet dah jadi Goverment Cabinet....hee.hee
No comments:
Post a Comment