Friday, July 18, 2008

Respond KJ kepada BIJAN

Terima Kasih atas e-mel anda.

Rakyat telahpun bersuara dan suara ini tidak dapat kita nafikan. Sebagai seorang yang telah lama meletakkan kepercayaan terhadap demokrasi kita di Malaysia, saya turut menerima keputusan pilihanraya ini dengan redha.Pengundi-pengundi seluruh tanahair telah jelas menyatakan bahawa mereka mahukan perubahan. Namun begitu majoriti yang diperolehi di Dewan Rakyat, membuktikan bahawa rakyat mahukan agar perubahan ini digiatkan oleh Barisan Nasional.

Secara peribadi, saya ingin merakamkan penghargaan yang tak terhingga kepada warga Rembau yang telah memberikan kepercayaan kepada saya untuk menjadi wakil rakyat mereka. Saya bertekad untuk berusaha dengan gigih demi amanah yang telah diberikan ini. Saya akan menjadi wakil rakyat yang bukan sahaja mudah didekati, tetapi dapat membawa pembangunan pada Rembau, insyaAllah. Sudah tentu tanggungjawab baru ini akan memberi banyak pengalaman dan pengajaran bagi saya.

Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada rakan-rakan BN Rembau, saudara-saudari yang menyokong parti serta sahabat handai dan saudara-mara yang datang dari jauh dan dekat – jasamu akan saya kenang hingga ke akhir hayat. Terima kasih juga saya ucapkan pada pegawai-pegawai Suruhanjaya Pilihanraya, pihak polis serta semua agensi yang sama-sama telah memastikan pilihanraya ini berjalan dengan baik, adil dan saksama.Barisan Nasional adalah sebuah parti yang menganggap bahawa seluruh rakyat perlu dibela.

Sesungguhnya BN akan terus bekerja untuk semua, tidak kira samada yang memberi undi kepada kita atau tidak. Sejarah menunjukkan bahawa BN boleh menjana perubahan. Saya dengan rendah diri meminta agar saudara-saudari terus memberi peluang kepada BN untuk membuktikannya. Apa yang kita hadapi seterusnya merupakan soal yang terlalu penting – masa hadapan kita bersama, nasib tanahair tercinta. Walau apa juapun pegangan politik kita, inilah yang dapat menyatukan kita semua.Semoga kita dapat melangkah kearah membina negara Malaysia, yang tetap menjadi kebangaan bersama. Inilah harapan saya.

Salam hormat,KJ
http://www.rembau.net

No comments:

PUSTAKA