Kepersisian kekandaku, Tuan Haji Darmawi Haji Hamdani
Menelurusi pahit bahang politik rakus usang; suatu peradaban baru dalam kita mendepani serta menghormati pemikiran kontra telah dimulakan pada era pemerintahan Abdullah Ahmad Badawi; suatu permulaan untuk membina sebuah Bangsa yang bertamadun lagi beradab; maka Debat Terbuka (Walaupun penuh protokol yang berpihak kepada pihak Shabery); namun saya melihat ini adalah satu permulaan yang baik.
Untuk menyentuh soal ini, terpaksa menyatakan pengalaman dan pengtahuan saya dalam tatacara debat. Mungkin secara ilmiahnya, masih banyak cabang dan cara….mana mungkin orang yang tidak pernah seumur hidupnya berdebat dalam sistem yang rasmi, memberi justifikasi siapa yang menang , siapa yang kalah. Inilah kesilapan yang besar.
Debat adalah manifestasi dari menghormati pemikiran KONTRA. Bukan nak menang sorak, atau terpukau dek lenggok bahasa penghujahnya; tanpa memikirkan soal realisasi dan prestasi hasil ucapan. Apakah ucapan sekadar ucapan. Atau ucapan yang penuh tanggungjawab. Ia amat berbeza.
Untuk pengetahuan Tuan Haji Darma, saya telah naik ke pentas debat seawal usia 13 tahun mewakili kelas saya di sebuah Sekolah berasrama; dan waktu itu Berjaya hingga ke peringkat akhir. Apabila muncul sebagai Juara, saya juga dinobatkan sebagai Pemidato Terbaik. Semenjak itu sehingga Tingkatan Lima Sains, Anugerah Pemidato terbaik tahunan saya menang 4 kali. Cuma masa Tingkatan Lima, saya berperanan sebagai pembahas utama; maka tugas pembahas ke tiga saya berikan kepada rakan sekelas saya. Sehinggalah ke IPT saya masih melibatkan diri dalam aktiviti debat. Sekadar berkongsi pengalaman, tidak lebih dari itu.
DEBAT; adalah pertembungan dua kumpulan. Sebenarnya kami dipimpin oleh seorang guru Kanan Bahasa, sebagai Koordinator. Maka seluruh Kelas telah menyertai kami. Dari mencari bahan dsb apabila tajuk bahas yang selalunya diberikan selama seminggu sebelum Debat berlangsung. Maka ini bukan kerja 3 orang yang naik ke pentas untuk berdebat, tetapi seluruh Kelas kami yang dipecahkan kepada beberapa think tank mereka sendiri selepas menerima tajuk. Selepas beberapa hari yang ditetapkan; maka semua think tank ini, melalui ketua Thin Tank tadi menyerahkan kertas kerja hasil Brainstorming kumpulan masing2.
Dalam Debat hanya ada 2 kumpulan berlawan secara berdepan iaitu PENCADANG & PEMBANGKANG.
Pengalaman saya telah membuktikan, setiap kali jika kami mendapat sesuatu tajuk debat di mana Kelas kami menjadi PEMBANGKANG, peluang untuk memegang Piala Johan Debat 70% dalam tangan.
Kerana dari tugasan mencari bahan dari khutub khanah hinggalah ke akhbar harian menjadi teramat mudah. Tugasan kami hanya BANGKANG apa yang PENCADANG cakap pada hari perdebatan…maknanya kami harus mencatat setiap 'POINT' yang dihujahkan PENCADANG. Kami akan belasah tak kira apa jua. Memang senang jadi pembangkang. Seronok. Belasah jer, lepas tu berdebat guna retorik bahasa seperti SUKARNO, tidak sukar membuat orang terpaku. Bagi sedikit sajak, celah sedikit pantun. Bersorak gamat satu dewan. Inilah seni berdebat. Kita akan lebih Nampak hebat.
Sebaliknya berlaku dalam kem kami apabila mengundi dapat Tajuknya kami ni sebagai PENCADANG atau KERAJAAN. Kerja-kerja mencari bahan, sukar. Bila waktu pertandingan, mengemukakan fakta, menyatakan betapa positif dan baiknya tajuk yang kita bawa amatlah payah. Kena bagi angka dan fakta yang tidak sekadar dibaca atau dihafal, ianya lebih kepada huraian terpeinci. Bayangkanlah dalam masa beberapa minit, kami at least kena bagi 3 point cadangan pihak Kerajaan, disamping itu menangkis serangan Pembangkang.
Kembali kita kepada Debat Shabery-Anwar; Tajuk yang dipersetujui..HARI INI BENTUK KERAJAAN, ESOK TURUN HARGA MINYAK….
Ternyata unit Perang Saraf UMNO member tajuk ini; secara adilnya saya klafikasikan dalam DEBAT TERBUKA INI:
Anwar adalah PENCADANG; iaitu memberi fakta-fakta terpeinci sebagai PIHAK KERAJAAN YANG MEMERINTAH BELIAU MAHU MENURUNKAN MINYAK PADA WAKTU INI?
Shabery adalah PEMBANGKANG dalam tajuk ini.
KONSEP ASAS ini perlu difahami dengan jelas. Ini bukan persembahan lawak jenaka atau pertandingan Syair. Juga bukan pertandingan Kuiz yang kena jawab soalan secara direct. Kekadang soalan dari pihak Kerajaan boleh kita jawab secara indirect…..sebab PEMBANGKANG mempunyai ruang yang cukup luas. Namun PIHAK KERAJAAN kena JAWAB soalan Pembangkang dengan tepat dengan fakta dsb. Tidak boleh berdrama atau berhalusinasi tinggi. Interaksi dengan Intelektual (Hakim) adalah lebih penting dari khalayak.
Bermula dengan ANWAR: Sebab beliau adalah Pendebat yang MEWAKILI "KERAJAAN" dalam Tajuk debat ini.
· Anwar sepatutnya menjelaskan point2 Utama seperti, huraikan serba ringkas tajuk Debat. Interpretasinya sebagai contoh: HARI INI MEMERINTAH bolehlah didefinasikan sebagai…….., ESOK TURUN HARGA MINYAK bolehlah didefinasikan sebagai…..dia kena bagi point KERAJAAN PKR! Bukan mengehentam BARISAN NASIONAL. Dia kena hurai mekanisme nak turun harga minyak secara terpeinci. Anwar bukan gagal, namun mungkin provokasi Johan Jaafar dan Pemberi Soalan Pertama membuat Anwar hilang fokus. Hilang Fokus terhadap platform dia malam itu sebagai KERAJAAN yang INGIN MENURUNKAN harga MINYAK. Bukannya Pembangkang yang menentang Barisan Nasional. Tajuknya telah TETAP disitu!
· Sampai pusingan akhir, ANWAR tidak menyampaikan hujahnya secara ilmiah dalam konteks perdebatan tajuk ini; sebakliknya memilih untuk buat-buat senyum, menepuk dahi akibat serangan bertali arus PEMBANGKANG tajuk debat malam itu, iaitu Shabery.
· Anwar terus menerus menyerang dan menyalah "Kerajaan Barisan Nasional" dengan menyebut Ketirisan, Kebocoran dsb. Anwar lupa bahawa beliau pada malam itu adalah PENCADANG atau KERAJAAN. Sepatutnya Anwar kemukakan bagaimana nak buat Continual Improvement, PDCA Kerajaan PKR, Gap Analysis atau pun Failure Mode Effect Analysis (FMEA).
SHABERY – Bagi saya walaupun baru dua penggal menjadi ahli Parlimen, namun beliau adalah salah seorang Think Tank YBM Tengku Razaleigh Hamzah. Bukan calang-calang. Dia bersama Ku Li dalam Semangat 46. Dia juga seorang pemidato yang baik semasa di universiti. Baik bukan dari segi lakonan atau lenggok bahasa, tetapi baik dari segi penyampaian maklumat dan hujah.
· Sebagai PEMBANGKANG dalam tajuk ini, Shabery tidak terlalu terikat dengan tajuk bahas, dan tidak perlu jawab soalan wakil Kerajaan secara direct.
· Shabery membangkang dengan point2 spt Negara Arab sbg contoh, minyak murah, harga makanan mahal. Ini fakta. Saya berada di Middle East selama hampir 2 tahun!
· Subsidi Minyak dikurangkan kerana aliran subsidi sedang dalam proses pembetulan semula selepas beberapa dekad yang merugikan Negara dan orang melayu sendiri. Minyak kita diseludup keluar. Maka kita bersedekah kps warga Singapura, Indonesia, Thai tanpa kita sedar. Berbiklion setahun.
· Kini perolehan Kerajaan dari pola penyusunan semula Subsidi akan lebih tertumpu kpd golongan sasaran seperti Nelayan, Penternak & Petani. Subsidi kepada lebih banyak barang makanan keperluan.
Ternyata, Team Shabery yang diketuai KETUA UNIT PERANG SARAF UMNO, Khairy Jamaluddin Berjaya sebagai PEMBANGKANG TAJUK ini.
Malang bagi Anwar, kerana beliau terlalu leka dan seronok berhujah seolah dia PEMBANGKANG..
padahal ANWAR ialah KERAJAAN dalam konteks Tajuk Perdebatan malam itu.
Kalau kita nak happy tengok Debat , habis camnor..Lu Panggil la Nabil….
Yang Penting dalam konteks debat ialah menyempurnakan misi dalam konteks debat.
No comments:
Post a Comment