Saturday, August 2, 2008

Melengahkan Solat

Bersabda Nabi kita Muhammad s.a.w. ; Sesiapa yang mempermainkan sembahyang 5 waktu akan disiksa dengan dua belas azab. Tiga azab ketika di dunia, tiga ketika mati, tiga ketika dalam kubur dan tiga azab pada hari Qiamat.

Adapun tiga azab ketika di dunia ;
1. Diangkat oleh Allah akan segala berkat dari usaha dan rezekinya.
2. Dihapuskan darinya cahaya orang yang soleh.
3. Dibenci oleh semua hati orang mukmin.

Manakala tiga azab ketika hampir mati ;
1. Diambil nyawanya dengan keadaan dahaga walaupun diberi minum air sungai.
2. Dicabut nyawa dengan bersangatan siksa.
3. Takut padanya semua orang beriman.

Tiga azab ketika berada dalam kubur ;
1. Malaikat Munkar dan Nakir akan menyoalnya dengan soalan yang sukar dijawab.
2. Bersangatan gelap dalam kubur.
3. Disempitkan kuburnya hingga berselisih tulang rusuk.

Dan tiga azab ketika berada di Padang Mahsyar ;
1. Susah ke atasnya ketika menghitung dosa pahala.
2. Sangat murka Allah padanya.
3. Balasan Allah padanya ialah api neraka jahanam.

“Akan datang suatu masa ke atas umatku yang mana mereka akan lari dari ulama’ dan fuqaha’.”
Maksud Hadith s.a.w.“Duduk bersama-sama ulama’ satu jam itu lebih baik bagi Allah daripada beribadat setahun.”
Maksud Hadith s.a.w.

Ketahuilah kamu sekalian bahawa penghuni neraka jahanam akan melaung-laung pada penghuni syurga meminta makanan dan minuman. Kerana makanan dan minuman neraka adalaha buah-buah yang berduri manakala airnya pula ialah darah, nanah dan bermacam-macam lagi air yang busuk. Ini sebagaimana telah dijelaskan oleh Allah S.W.T. dalam kitab suciNya al-Quran yang bermaksud ;
“Dan penghuni neraka menyeru penghuni syurga: “Limpahkanlah kepada kami sedikit air atau makanan yang Telah direzkikan Allah kepadamu.” Mereka (penghuni syurga) menjawab: “Sesungguhnya Allah telah mengharamkan keduanya itu atas orang-orang kafir,”
“(Iaitu) orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai main-main dan senda gurau, dan kehidupan dunia telah menipu mereka.” Maka pada hari (Qiamat) ini, kami melupakan mereka sebagaimana mereka melupakan pertemuan mereka dengan hari ini, dan (sebagaimana) mereka selalu mengingkari ayat-ayat kami.”
Surah Al A’raaf : Ayat 50 - 51

1 comment:

as syifa' said...

mohon copy.makaseh.

PUSTAKA