Monday, April 27, 2009

Budak Tingkat 4 Versi Najib

Saya rasa pelik betul tentang kekuasaan yang dikatakan dimiliki oleh para pegawai di Tingkat Empat, pejabat yang katanya sangatlah hampir dengan ruang kerja Perdana Menteri.

Tapi bila difikirkan balik, takkanlah pokok bergoyang kalau takde angin, dan berdasarkan apa yang berlaku akhir-akhir ini nampaknya kemungkinan yang diperkatakan itu memang ada kebenarannya.

Argh, saya malas nak ulas lanjut, semua orang kat Malaysia ni rasanya dah tahu siapa orang di Tingkat Empat itu dan betapa hebatnya mereka merancang dan merencana lanskap politik negara.

Cuma seperti mana yang Tun. Dr Mahathir bimbangkan, kita pun rasa benda yang sama juga.

Umum tahu bahawa mereka yang bekerja secara ‘direct’ dengan Perdana Menteri sudah tentu otaknya bergeliga, lulusan universiti terkemuka dan mempunyai akal yang panjang berjela, maklumlah, peranan mereka juga ala-ala penasihat kepada bos mereka itu.

Kalau setakat SPM gred dua dengan Matematik Moden cuma P7, rasanya paling tinggi pun dapat jadi penyelia fotostatlah kat pejabat PM.

Tapi sejarah juga membuktikan yang bukan semua ‘cerdik pandai’ di pejabat PM adalah ‘cerdik dan pandai’ dalam erti kata yang sebenarnya.

Apatah lagi jika para ‘cerdik pandai’ itu mempunyai niat untuk mendapatkan kekayaan sebanyak mungkin sementara berada di pejabat PM, hancur negara jadinya!

Sebenarnya, saya risik-risik jugalah kot-kot di pejabat Timbalan Perdana Menteri sekarang dah mula wujud pegawai-pegawai yang mempunyai mentaliti seperti budak Tingkat Empat ini.

Apapun siapalah saya nak korek-korek rahsia orang, silap haribulan rahsia kita pula yang terlebih dahulu dapat dikorek.

Namun dikhabarkan belum adalah lagi orang-orang di pejabat Najib yang dikatakan mempunyai niat seperti itu, memang ada para pegawainya yang masih muda dan berkelulusan hebat-hebat tetapi semuanya mengamalkan konsep ‘makan gaji’ semata-mata dan tak lebih dari itu

Kalau ia berterusan, baguslah. Bukan apa, kita teringat kata-kata keramat Che Det, Melayu mudah lupa.

Oleh itu, kita berharap sangat agar fenomena Tingkap Empat ini tidak berulang kembali bila Najib mengambil alih tampuk kepimpinan negara. Jangan esok bila bos mereka dah naik pangkat, pegawai-pegawai ini pula yang lebih sudu dari kuah.

Kalau perkara sebegini masih berlanjutan, silap haribulan semua yang ada kat Tingkat Empat itu akan dihumbankan oleh orang ramai ke tingkat bawah, hah, siapa nak jawab tu?

No comments:

PUSTAKA