"Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya”. [Quran Al Maa-idah (5) : 90].
Saya amat rasa sedih,bungkam tapi kesihan melihat pemimpin yang kita julang. dengan rasa tanpa bersalah apatah lagi berdosa begitu selamber membenarkan dan menghalalkan pertaruhan bagi Piala Dunia yang akan berlangsung bulan depan,entah kuncu-kuncu mana yang berjaya merasionalkan perkara ini,mungkin dengan alasan untuk mengawal aktiviti judi itu. Sedangkan sewajarnya, sebagai pemerintah umat Islam mereka wajib menghapuskan saki-baki amalan-amalan syaitan itu. Faktanya hari ini secara jelas para pemerintah yang ada secara berterusan dan terang-terangan memaksiati perintah Allah SWT, dengan menghalalkan lesen judi beroperasi secara berleluasa. Hari ini kedai-kedai nombor ekor dan tempat judi seperti di Genting Highlands menjalankan operasinya dengan penuh keselesaan. Inilah realiti kehidupan dunia kapitalisme yang sememangnya merupakan tempat suburnya segala kemaksiatan.
Dalam dunia kapitalisme hari ini judi menjadi halal kerana adanya lesen dari pemerintah. Keharaman judi, hukum yang datang dari Allah SWT, tidak ada nilainya dalam sistem sekular kufur hari ini. Judi adalah amalan syaitan namun pemerintah sekular menyuburkan amalan ini. Perbuatan mereka ini akan menyemarakkan lagi agenda-agenda syaitan dan ini sudah tentu akan melahirkan lebih ramai lagi syaitan -syaitan, besar dan kecil.
Fenomena ini akan memenuhkan setiap inci tanah umat Islam ini dengan kaum kerabat syaitan sedangkan setiap hari kita bermohon kepada Allah SWT untuk berlindung dari syaitan yang kena rejam.
Firman Allah SWT: ”Oleh itu, apabila engkau membaca Al-Quran, maka hendaklah engkau terlebih dahulu) memohon perlindungan kepada Allah dari hasutan syaitan yang direjam”. [Quran An Nahl (16): 98].
Kita melihat kemunculan beberapa watak yang saling berbeda dalam menentukan sikap dan pendirian masing-masing mengenai pemberian lesen perjudian pertaruhan kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 yang akan berlangsung bulan depan. Nampaknya kita seolah-olah berlakon berkenaan dengan isu ini. Bagi Islam, semua bentuk judi adalah haram. Kini nampaknya pemerintah semakin canggih dengan cadangan dan ura-ura dari pihak kerajaan untuk membenarkan orang ramai terlibat secara “sah” mengikut acuan undang-undang kapitalisme dengan amalan haram ini.
Keadaan ini tidak sepatutnya memeranjatkan kita kerana selama inipun pihak kerajaan yang ada pada hari ini adalah merupakan pemerintah yang “mesra judi”. Jika tidak, mana mungkin di antara orang yang terkaya di Malaysia adalah tauke judi!
Namun nampaknya, bagi para pemimpin kesayangan kita, tangan kanan mereka bermohon untuk menjauhkan diri dari syaitan yang direjam tetapi tangan kiri mereka begitu aktif mengajak dan menjemput syaitan memenuhi negeri umat Islam ini.
...aku dah bosan,aku dah bosan..aku dah bosan
No comments:
Post a Comment