Sebahagian besar yang dikatakan tokoh-tokoh korporat dalam POS dan Sime Darby sebenarnya terdiri dari bekas pegawai tertinggi dalam sektor awam. Mereka terdiri bekas-bekas Setiausaha Negara dan Setiausaha-setiausaha Kementerian yang berkaitan.
Trend yang ada ialah, ramai pesara dikalangan pegawai atasan tertinggi kerajaan yang sayangkan pangkatnya dan tidak mahu turun dari tapuk kuasa dengan membina satu bentuk perniagaan tertentu di sektor-sektor yang dikategorikan sebagai sektor korporat dengan menggunakan alasan itu sebagai dasar kerajaan. Tidak semua jawatan yang kononnya prestige itu diberikan kepada bekas pesara pegawai tinggi kerajaan, tetapi ia kebanyakkannya diberikan kepada pesara pegawai tertinggi kerajaan yang terlibat dalam sektor pentadbiran saja. Disamping itu, jawatan dalam lembaga penasihat itu sebenarnya terdiri dari bekas pesara pegawai tinggi kerajaan yang glamor sahaja.
Tren ini masih berlaku kerana pegawai kerajaan tertinggi kini berusaha untuk mengkorporatkan jabatan atau agensi kerajaan yang dikuasai mereka. Apabila dikorporatkan nanti ada kerusi lembaga pengarah untuk mereka duduki selepas bersara.
Ini bukan fitnah, tetapi trend ini jelas dan boleh dilihat dengan terang. Contohnya ialah, Tan Sri Ahmad Sarji, bekas setiausaha negara serta kawan-kawannya. Cuba lihat kumpulan elit pesara kerajaan inilah yang berada dalam lembaga pengarah POS dan Sime Darby, bukannya Musa Hitam saja. Kumpulan elit pesara kerajaan yang kini berada dalam lembaga pengarah syarikat-syarikat korporat. Kemusnahan ini tidak berhenti di situ saja dan bahkan sekarang penyakit nak jadi elit di kalangan pegawai kerajaan ini sangat kuat dan masih berleluasa.Setengah daripada mereka memegang Pengerusi di beberapa GLC.
Kalau kita perhatikan berapa ramai dikalangan mereka ini yang berjaya membawa GLC's berjaya sebagai badan korporat yang mampu bersaing didunia perniagaan sebenar,boleh bilang dengan jari.saya fikir dalam era rakyat didulukan,pencapaian diutamakan trend seperti ini memang sudah harus dicampak sahaja kelaut.Biarlah mereka bersara dengan kemampuan yang ada pada mereka.Dah cukup la tu.....
1 comment:
hidup hj d
Post a Comment