Untuk menyelamatkan dunia, aku perlu berbeza... dan untuk itu, aku perlu tulis entry ini dengan secepat mungkin dan post sebelum matahari tenggelam, errr…,
Antara pesan Nabi Muhammad SAW kepada Ummatnya adalah; “Jangan tiru cara hidup orang kafir, jika tiru, korang akan terima nasib sama dengan mereka di akhirat…” begitu lebih kurang sabda Nabi dan kat tempat lain Nabi melarang meniru amalan orang munafik kerana neraka terbawah di sediakan khas untuk orang munafik..oh!
Kata kunci pertama: Jangan tiru.
Oleh yang demikan, cara hidup aku dan korang mesti berbeza dengan orang kafir dan mesti berbeza dengan orang munafik, itupun jika korang semua nak berjaya di dunia dan di akhirat..Kat tempat lain pulak Nabi bersabda bahawa di akhir zaman kelak, iaitu hari ini, umat islam adalah sangat ramai jumlahnya, tapi mereka semua macam buih-buih ombak di pantai, mudah pecah dan mudah di hanyut ke sana sini mengikut tarian ombak..
Kata kunci kedua : jangan jadi macam buih.
Oleh yang demikian, untuk berjaya di akhir zaman, aku dan korang jangan jadi ramai macam buih di lautan yang hampeh, tapi jadilah antara mereka yang tidak ramai itu ataupun maksudnya disini, kita kena jadi orang-orang yang ’sedikit’…Menjadi golongan sedikit tapi betul dalam akidah dan Sunnah maksud aku..Nak lebih faham lagi, boleh rujuk hadith ini:“agama bermula dengan ‘sedikit’ dan berakhir dengan ‘sedikit’ dan beruntunglah orang-orang yang ‘sedikit’”
Kata kunci ketiga hari ini: “Sedikit”
Maka kerana itulah aku cuba untuk kekal berada di jalan yang amat ‘sedikit’ di lalui orang yang ramai macam buih kerana aku ingin sekali menjadi orang yang ‘beruntung’, tapi kadang-kadang aku banyak gak tergelincir kerana jalan yang ‘sedikit’ itu sebenarnya amat sukar dan penuh mujahadah, seperti menggenggam bara api kata Nabi Muhammad SAW.
Kata kunci keempat hari ini: “menggenggam bara api”
Sebagai misalnya, untuk kekal solat berjemaah 5 waktu sehari semalam, atau untuk kekal buat dakwah, atau untuk kekal berakhlak mulia dan lain-lain, semua tu hanya sedikit sahaja orang islam yang berjaya istiqamah sampai jadi mayat, maka untuk menempuh jalan ini amat perlu pada pengorbanan di sana sini…Sungguh sedikit orang islam yang berjaya istoqamah solat lima waktu di masjid, dan cukup ramai sekali orang islam yang tak solat langsung.. Oh!
Kesimpulannya, untuk menjadi orang yang ‘sedikit’, kita kena banyak buat pengorbanan, dan sudah tentu aku akhirnya akan berbeza dengan korang yang ramai macam buih…Kata kunci yang paling penting hari ini : “berbeza”Oleh itu, untuk menjadi ‘berbeza’, aku kenalah cuba sedaya upaya untuk tidak mengikut jalan korang yang ramai macam buih itu, kerana aku yakin jalan itu apabila dilalui oleh ramai orang yang macam buih, jalan itu adalah jalan nafsu dan akan berakhir di neraka jika tak kena gaya…
No comments:
Post a Comment